Beraya Dengan Pemangku Raja Kelantan

Pemangku Raja Kelantan, Dr. Tengku Muhammad Faiz Petra akan mengadakan Majlis Penghadapan Hari Raya Aidilfitri di Istana Balai Besar, pada Hari Raya pertama.

Ketua Istiadat Kelantan, Datuk Tengku Mohamed Faziharudean Tengku Feissal dalam kenyataan berkata, majlis itu akan berlangsung dari pukul 9.30 hingga 10.30 pagi.

“Yang Maha Mulia Pemangku Sultan Kelantan akan menunaikan Sembahyang Sunat Hari Raya Aidilfitri di Masjid Muhammadi Kota Bharu pada pukul 8.30 pagi.

“Baginda turut berkenan beramah mesra dan bersalaman dengan rakyat selepas sahaja Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri di masjid tersebut,” katanya.

Katanya, orang ramai diingatkan supaya berpakaian kebangsaan, kemas dan sopan ketika menghadiri Majlis Penghadapan Hari Raya Aidilfitri. – 21Jun 2017.