Hanya 115 Anggota Bomba Kelantan Dibenar Cuti Raya

Hanya 115 daripada 571 anggota bomba Kelantan diluluskan cuti sempena Hari Raya Aidilfitri yang bakal disambut oleh seluruh umat Islam pada Ahad ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Nazili Mahmood berkata, ia selaras dengan peraturan jabatan itu iaitu setiap tiga tahun sekali mereka akan diberi pelepasan untuk bercuti pada musim perayaan.

“Saya harap mereka yang bertugas sepanjang musim perayaan ini dapat memberikan komitmen tinggi demi keselamatan umum.

“Kita akan berusaha sebaik mungkin untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat,” katanya kepada pemberita pada Perhimpunan Bulanan JBPM Kelantan semalam. – 21 Jun 2017.