Tidak Jejas Aidilfitri Di Makkah

Insiden serangan pengganas berdekatan Masjidil Haram tidak menggugat kira-kira tiga juta jemaah untuk menunaikan solat sunat Aidilfitri semalam.

Masjidil Haram mula dipenuhi umat Islam seawal jam 1 pagi untuk menunaikan solat Subuh pada jam 4.09 pagi.

Berikutan itu pintu masuk masjid agung itu terpaksa ditutup seawal jam 2.30 pagi.

Solat Aidilfitri yang dimulakan pada jam 6.15 pagi waktu tempatan menyaksikan kesesakan di kawasan dalam dan sekitar masjid.

Suasana itu, sekali gus membuktikan tiada kebimbangan dalam kalangan umat Islam di sebalik insiden pengeboman di Ajyad Musafi sehari sebelum Aidilfitri. – 26 Jun 2017.