Pengundi Muda Sokong UMNO

Sokongan pengundi muda terhadap UMNO Kelantan sekarang ini dilihat semakin positif berbanding sebelumnya.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, perubahan itu hasil kerja keras yang dilakukan oleh parti berkenaan sejak kebelakangan ini.

“Alhamdulillah, UMNO semakin diterima baik oleh golongan muda terutama mereka yang berada di perantauan.

“Kejayaan ini menguatkan lagi semangat kami untuk terus bekerja keras membantu rakyat bagi memastikan Kelantan akan di tadbir oleh UMNO pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU 14) nanti,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis Rumah Terbuka UMNO Bahagian Pasir Mas hari ini. – 28 Jun 2017.