Kerajaan PAS Kelantan Parah, Rakyat Perlukan PAN – Mat Sabu

PAN menyifatkan pendekatan yang digunakan PAS sekarang sudah tidak sesuai dengan Islam.

Presidennya, Mohamad Sabu berkata, perjuangan PAS sudah tersasar malah rakyat juga semakin jauh daripada parti tersebut.

Sehubungan itu, kata beliau, PAN sedia mengambil alih pentadbiran kerajaan negeri Kelantan pada pilihan raya akan datang memandangkan PAS sudah tidak diperlukan lagi di negara ini.

“PAS sudah tersasar daripada dasar perjuangannya, malah cara pendekatan mereka sudah tidak sesuai dengan Islam kerana sering bergaduh dengan rakyat dan Orang Asli.

“Jadi rakyat memerlukan PAN bagi mengambil alih pentadbiran Kelantan berikutan pentadbiran negeri itu sudah rosak dan parah,” katanya ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri PAN di Kota Bharu semalam. – 30 Jun 2017.

-habis-