Remaja Cedera Terkena Mercun Bola

Seorang remaja berusia 13 tahun mengalami kecederaan serius di kaki, tangan, muka dan kepala selepas terkena mercun bola dalam kejadian di Salor.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5.30 petang kelmarin itu, mangsa, Muhammad Firman Arman dikatakan bermain mercun berkenaan bersama rakan-rakannya.

Bagaimanapun keadaan mangsa yang kini dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab (HRPZ II) dilaporkan stabil.

Ketika kejadian, Muhammad Firman dikatakan bermain mercun tersebut bersama rakan-rakannya.

Sementara itu, Pengarah HRPZ II, Dr. Selasawati Ghazali berkata, mangsa dimasukkan ke hospital bagi mendapatkan rawatan kira-kira pukul 6 petang semalam.

“Setakat ini, keadaan mangsa dilaporkan stabil dan ditempatkan di unit rawatan kebakaran untuk pemantauan rapi,” katanya. – 30 Jun 2017.