Pegawai Bomba Maut Kemalangan

Pemangku Penolong Pengarah Bahagian Latihan Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Negeri Kelantan, Azani Aziz, maut dalam kemalangan pagi tadi.

Kejadian berlaku diKampung Atas Pinggir, Pasir Mas ketika mangsa dalam perjalanan ke tempat kerja di Ibu Pejabat JBPM Kelantan di Tunjong, Kota Bharu dengan menunggang motosikal.

 

Difahamkan, setiba ditempat kejadian, mangsa gagal mengawal motosikal yang ditunggangnya dan merempuh kenderaan jenis Perodua Kelisa yang membuat pusingan ‘U’ secara mengejut.

Mangsa yang berusia 48 tahun telah berkhidmat sebagai anggota JBPM selama 22 tahun bermula 15 September 1995. – 5 Julai 2017.