Tinggalkan Segera Kegiatan Haram Kawasan Sempadan

Penduduk disepanjang kawasan sempadan Malaysia-Thailand yang menjalankan aktiviti menyalahi undang-undang diminta supaya segera meninggalkan kegiatan tersebut.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Hasanudin Hassan berkata, tindakan tersebut bagi mengelakkan mereka berdepan tindakan tegas.

“Nasihat saya kepada penduduk di kawasan sempadan yang sebelum ini terlibat dengan aktiviti menyalahi undang-undang supaya segera meninggalkannya.

“Carilah kerja yang halal dan mengikut undang-undang sebagaimana di tetapkan oleh kerajaan,” katanya.

Hasanudin memberitahu, pihaknya akan terus menjalinkan kerjasama dengan agensi penguatkuasaan di sempadan bagi memastikan keselamatan negara berada pada tahap terbaik. – 7 Julai 2017.