Wad Pediatrik HUSM Dilanda Angin Ribut

Wad Pediatrik Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian dilanda angin ribut dalam kejadian malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7.30 malam itu, mengakibatkan tingkap serta siling wad terbabit pecah dan serpihannya terkena pesakit.

Wad berkenaan menempatkan kira-kira 24 pesakit.

Pengarah HUSM, Profesor Dr. Ahmad Sukari Halim mengesahkan kejadian tersebut, bagaimanapun tiada pesakit yang mengalami sebarang kecederaan. – 12 Julai 2017.