Pemimpin UMNO, PAS Meriahkan Larian Obor Sukan SEA

Larian Obor  Kuala Lumpur 2017 sempena Sukan SEA ke-29 yang berlangsung di Pasir Puteh, hari ini menyaksikan semangat kesukanan tinggi apabila ia turut dimeriahkan oleh semua wakil rakyat serta pemimpin UMNO dan PAS kawasan tersebut.

Program bermula dengan acara senamrobik di pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selising.

Larian tersebut diketuai Ahli Parlimen Pasir Puteh Datuk Dr. Nik Mazian Nik Mohamad, Ketua UMNO Bahagian Pasir Puteh, Datuk Zawawi Othman, ADUN Selising, Zulkefli Ali dan semua wakil rakyat PAS serta Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) dari kedua-dua parti politik.

Nik Mazian menyerahkan obor berkenaan kepada Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki untuk diserahkan kepada pelari di Kampung Pachakan iaitu sempadan Pasir Puteh-Besut. – 16 Julai 2017.