SPRM Serbu Pejabat FIC

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini melakukan serbuan ke atas pejabat Felda Investment Corporation (FIC).

Beberapa pegawai SPRM tiba di Balai Felda kira-kira pukul 10.20 pagi dengan menaiki dua kenderaan berasingan.

Serbuan itu susulan penemuan maklumat baharu menunjukkan hartanah yang terletak di Kensington, London dibeli pada harga tinggi sehingga menyebabkan kerugian mencecah jutaan ringgit.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Dzulkifli Ahmad mengarahkan siasatan terperinci ke atas pembelian hartanah mewah yang memberi tumpuan kepada kemungkinan wujudnya unsur rasuah dan penyalagunaan kuasa.

FIC dikatakan memperoleh hotel bertaraf empat bintang itu antara 2013 dan 2015.

Hotel itu dibeli dengan harga 60 juta pound sterling (RM330 juta), menjadikannya pelaburan ke-12 dalam portfolio hospitaliti Felda. – 17 Julai 2017.