Tiket MRT Diskaun 50 Peratus

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan diskaun 50% untuk semua perjalanan MRT, LRT, monorel dan BRT (Bus Rapid Transit).

Beliau berkata, diskaun itu akan bermula esok sehingga 31 Ogos ini.

Najib mengumumkan perkarta itu ketika melancarkan MRT fasa ke-2 di stesen MRT Tun Razak Exchange, hari ini.

Pengguna laluan baharu itu juga boleh menaikinya secara percuma bermula 4 petang sehingga malam ini.

MRT Sungai Buloh-Kajang memiliki 31 stesen dengan kos RM21 bilion. – 17 Julai 2017.