Diskaun Bantu Ringan Beban Kos Sara Hidup

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan bantuan bagi meringankan beban kos sara hidup orang kurang upaya (OKU), siswazah dan pemegang kad diskaun ‘Freinds of Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan’ (KPDNKK).

“Sukacita saya memaklumkan bahawa golongan orang kurang upaya (OKU), siswazah dan pemegang kad diskaun ‘Friends of Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan’ (KPDNKK) bakal menikmati diskaun sehingga 20 peratus di premis perniagaan Persatuan Restoran Muslim Malaysia.

“Langkah ini pasti akan membantu mengurangkan kos sara hidup rakyat dan saya harap lebih ramai peniaga akan turut sama menyahut seruan kerajaan untuk memainkan peranan masing-masing dalam membantu rakyat,” katanya menerusi akaun Facebooknya. – 19 Julai 2017.