Jawatankuasa Khas Perkasakan Mahkamah Syariah Ditubuhkan

Sebuah jawatankuasa khas peringkat kebangsaan bagi membincangkan mengenai usaha-usaha memperkasakan Mahkamah Syariah akan ditubuhkan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, jawatankuasa tersebut itu nanti bakal dianggotai oleh semua pihak terbabit termasuk pemimpin-pemimpin politik.

“Usaha ini penting untuk mengharmonikan semula suasana agar kedudukan Islam sebagai agama rasmi negara terus didaulatkan dan kepentingan Islam terus terjaga tanpa menjejaskan hak serta kedudukan masyarakat bukan Islam.

“Penubuhan jawatankuasa khas itu akan dipanjangkan ke Kabinet dan pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan bertanggungjawab untuk menyelia penubuhannya,” katanya ketika ditemui selepas mengadakan pertemuan dengan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob. – 20 Julai 2017.