POKB Bantu Pesakit Kanser

Persatuan Orang Kota Bharu (POKB) mensasarkan kutipan dana berjumlah RM100,000 bagi membantu Siti Aisyah Sofea Mat Hassan, 11, yang menghidap sakit ketumbuhan dikenali sebagai Hemangioma.

Kutipan itu akan dilakukan menerusi Majlis Makan Malam dan Walkaton Kaseh OKB yang akan berlangsung di Padang Majlis Daerah Machang, pada 19 Ogos ini.

Presiden POKB, Datuk Sheikh Ahmad Dusuki Sheikh Mohamed berkata, selain membantu Siti Aisyah Sofea, dana berkenaan juga akan turut disalurkan untuk Tabung Kaseh OKB bagi membantu pesakit-pesakit kanser lain yang memerlukan.

“Dijangka lebih 1,000 orang akan menyertai Walkaton Kaseh OKB yang mendapat kerjasama daripada Pertubuhan Prihatin Rakyat Machang (Peramah), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Majlis Daerah Machang.

“Walkaton sejauh empat kilometer ini akan bermula seawal 7 hingga 10 pagi melibatkan tiga kategori iaitu sekolah rendah, menengah dan terbuka,” katanya. – 19 Julai 2017.