Kukuhkan Gerak Kerja Islam

Ijtimak Antarabangsa Perpaduan Ummah (Rantau Asia) yang berlangsung tiga hari sehingga esok diharap dapat menjadi titik permulaan ke arah menyatupadukan seluruh umat Islam.

Naib Ketua Kesatuan Ulama Islam Sedunia, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, program tersebut yang menarik penyertaan dari seluruh dunia itu bakal memberi natijah dalam mengkukuhkan kerja-kerja menggerakkan Islam.

Dalam masa sama, Abdul Hadi yang juga Presiden PAS turut menasihatkan umat Islam agar terus berjuang dan mencari titik persamaan ke arah menegakkan Islam agar sentiasa dihormati.

“Kita harap Ijtimak ini diberkati Allah dan menjadi titik untuk menyatupadukan kita semua,” katanya ketika berucap merasmikan Ijtimak Antarabangsa Perpaduan Ummah (Rantau Asia) Kali Ke-4 di dataran Stadium Sultan Muhammad Ke-IV hari ini. – 21 Julai 2017.