PM, TPM Sayang Kelantan

Rakyat Kelantan cukup bertuah apabila cukup disayangi oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalannya Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, perasaan sayang itu ditunjukkan apabila kedua-dua pimpinan tertinggi negara itu sering berkunjung ke negeri itu.

Menurutnya, apa yang ditunjukkan oleh Najib dan Ahmad Zahid itu amat mengharukan beliau sebagai pemimpin Kelantan.

“Walaupun negeri ini berada dibawah pimpinan parti lain, tapi pimpinan tertinggi negara sentiasa memberikan sokongan dengan berkunjung ke negeri ini,” katanya ketika berucap pada Majlis Mesra Aidilfitri Bersama Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri di Dataran Rehal hari ini. – 21 Julai 2017.