SPNB Bina 42,000 Rumah Mesra Rakyat

Syarikat Perumahan Negara Bhd (SPNB) melalui anak syarikatnya SPNB Mesra Sdn. Bhd. telah membina kira-kira 42,000 rumah Mesra Rakyat di seluruh negara.

Pengerusi SPNB Mesra Sdn. Bhd., Datuk Mohamed Hasnan Che Hussin berkata, daripada jumlah tersebut, lebih 10,000 rumah adalah telah dibina di Kelantan dalam usaha membantu penduduk memiliki kediaman sendiri.

Katanya, sebanyak 2,000 rumah masih dalam pembinaan di negeri itu manakala lebih 1,000 permohonan sedang diproses.

“Pihak kami diamanahkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyediakan rumah untuk rakyat yang tidak mampu kerana ia adalah tanggungjawab yang mesti ditunaikan.

“Malah kerajaan memberi subsidi sebanyak RM20,000 manakala SPNB diarah memberi pinjaman RM45,000 untuk membantu setiap pemohon memiliki rumah sendiri,”¬†katanya kepada pemberita di Majlis Sambutan Hari Raya Dewan Undangan Negeri (DUN) Bunut Payong. – 23 Julai 2017.