Tiada Istilah Penat Dalam Perjuangan UMNO

Tiada istilah penat dalam perjuangan UMNO untuk membela nasib dan mengangkat martabat orang Melayu dari dahulu sehingga kini.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, perjuangan UMNO adalah untuk Melayu dan masa hadapan anak cucu kelak.

“Tidak mungkin akan ada orang lain selain UMNO dapat memerintah negara ini bagi memastikan Melayu terus wujud.

“Pemimpin yang benar-benar Melayu tidak akan meninggalkan UMNO dan mereka yang meninggalkan UMNO adalah mereka yang berjuang untuk mengkhianati bangsa Melayu,”katanya.

Beliau berkata demikian ketiaka berucap pada Majlis Perasmian Mesyuarat Perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Kuala Krai 2017 di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Yahya Petra 1.

Hadir sama, Ketua UMNO Bahagian Kuala Krai, Datuk Ramzi Ab. Rahman.

Dalam pada itu, Ramzi berkata, pihaknya yakin kemenangan akan berpihak kepada UMNO dalam Pilihan Raya Umum (PRU) nanti berdasarkan sokongan semua pihak.

“Sayap-sayap parti juga sudah menunjukkan semangat untuk membantu menghadapi PRU nanti. Perpaduan dan kerjasama perlu dikekalkan bagi memastikan kemenangan parti,”katanya. – 23 Julai 2017.