Jangan Biarkan Islam Diratah

Naib Ketua Kesatuan Ulama Islam Sedunia, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengingatkan seluruh umat islam agar bersatu bagi mengelak pihak luar mengambil kesempatan merendah-rendahkan agama Islam.

Beliau yang juga Presiden PAS berkata, pada masa ini, umat Islam diratah di seluruh dunia terutamanya melibatkan penduduk di Palestin sejak sekian lama.

Ketika menyampaikan pidato pimpinan Islam sedunia sempena malam kemuncak Ijtimak Antarabangsa Perpaduan Ummah (Rantau Asia) Kali Ke-4 di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV baru-baru ini berkata, sekarang umat Islam diratah di seluruh dunia namun jika umah Islam bersatu cahaya Islam tidak akan terpadam.

“Islam adalah cahaya Allah yang tidak akan terpadam dan sekiranya Islam ditegakkan semuanya akan selamat dan sejahtera,” katanya.

Sementara itu Abdul Hadi berharap Ijtimak yang berlangsung kali ini dijadikan sebagai simbol kebangkitan Islam. – 25 Julai 2017.