RM45 Juta Bantu Tingkat Industri Pertanian Jajahan Pasir Mas

Kerajaan Persekutuan menerusi Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (Kada) memperuntukkan RM45 juta bagi membantu meningkatkan industri pertanian di sekitar jajahan Pasir Mas.

Ahli Lembaga Pengarah Kada, Senator Datuk Hanafi Mamat berkata, peruntukan tersebut merangkumi pembinaan empangan rendah di Kampung Kubang Pak Amin yang berjumlah RM40 juta.

“Selebihnya bantuan tersebut meliputi kerja-kerja membaik pulih tali air dan peningkatan ekonomi dalam kalangan petani dibawah selian Kada,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Kubang Sepat di Pasir Mas hari ini. – 25 Julai 2017.