Bekas ADUN Salor Meninggal Dunia

Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Salor, Datuk Ahmad Rosli Ibrahim meninggal dunia di Hospital Raja Perempuan Zainab (HRPZ) II Kota Bharu petang hari ini dipercayai komplikasi paru-paru.

Ahmad Rosli dipilih sebagai wakil rakyat Salor pada 1990 menerusi tiket Semangat 46.

Beliau juga merupakan bekas Setiausaha Umno Kelantan.

Ahmad Rosli dilantik sebagai senator oleh kerajaan Kelantan sebelum menyertai parti serpihan PAS iaitu PAN baru baru ini. – 27 Julai 2017.