Kerja Keras Hadapi PRU14

Seluruh jentera parti perlu bersiap sedia dan sentiasa bekerja keras bagi memastikan Kelantan menjadi milik Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Dalam masa sama, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Mustapa Mohamed juga bertekad bagi memastikan Parlimen Jeli yang disandangnya kekal menjadi antara kubu kuat UMNO dan BN.

“Bangkitlah wanita, pemuda dan puteri untuk bersama dengan saya bagi  menegakkan BN di Jeli dan Kelantan.

“Kita tidak akan sesekali berundur tetapi akan teruskan perjuangan untuk parti supaya negara kekal selamat dan aman.

“Kita di bawah akar umbi akan sentiasa menyokong Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan menentang habis-habisan musuh-musuh kita,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Persidangan Perwakilan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Jeli.

Majlis berkenaan disempurnakan oleh Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim. – 28 Julai 2017.