Muhamad Angkat Sumpah Senator

Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demit Muhamad Mustafa, dilantik sebagai Ahli Dewan Negara bagi tempoh tiga tahun.

Beliau mengangkat sumpah di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara Datuk Seri S.A. Vigneswaran di Bangunan Parlimen hari ini.

Muhamad, 59, menjadi ADUN Demit pada 2008 hingga 2013.

Ketika ditemui pemberita, Muhamad berkata, pelantikan itu sebagai satu tanggungjawab yang perlu dilaksanakan dengan sebaik-baiknya. – 31 Julai 2017.