Orang Kelantan Paling Ramai Penjawat Awam

Dewan Rakyat diberitahu calon paling ramai dilantik ke jawatan sokongan dan pengurusan perkhidmatan awam semenjak 2013 sehingga Jun 2017 adalah terdiri daripada rakyat Kelantan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Joseph Entulu Belaun berkata, seramai 17,806 calon dari negeri itu, daripada jumlah calon keseluruhan seramai 133,382 telah dilantik, sekaligus mendahului senarai calon dari negeri lain.

“Senarai itu diikuti negeri Sabah seramai 13,850 calon, Sarawak 13,845, Perak 12,517, Johor 11,848, Terengganu 10,676, Kedah 10,580, Kuala Lumpur 9,198 calon,” katanya dalam sidang Dewan Rakyat, hari ini.

Joseph menjawab pertanyaan Datuk Liang Teck Meng (BN-Simpang Renggam) yang meminta kerajaan menyatakan jumlah lantikan ke dalam sektor perkhidmatan awam bagi jawatan sokongan dan pengurusan dari tahun 2013 sehingga Jun 2017. – 31 Julai 2017.