Tiga Juta Belum Daftar Pemilih

Lebih tiga juta rakyat Malaysia yang layak mengundi belum berdaftar dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, setakat Mac tahun ini, sebanyak 3,772,149 orang masih belum daftar sebagai pemilih.

“Selain itu, Suruhanajaya Pilihan Raya menerima 1,454 bantahan (terhadap pendaftaran pemilih) dari Januari sehingga Mac 2017,” katanya dalam jawapan di Parlimen hari ini.

Beliau berkata, mana-mana individu yang memiliki kad pengenalan Malaysia sementara tidak layak mengundi pada pilihan raya umum atau pilihan raya kecil kerana mereka tidak diklasifikan sebagai warganegara.

Beliau menjawab soalan Ahli Parlimen Batu Kawan, Kasthuri Patto mengenai jumlah mereka yang layak mengundi tetapi tidak berdaftar mengikut kaum dan agama. – 31 Julai 2017.