Bekas CEO FIC Direman

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Felda Investment Corp (FIC) Zaid Abdul Jalil direman selama empat hari bermula hafri ini.

Ia bagi membantu siasatan berhubung dakwaan pembelian hartanah syarikat itu di London.

Perintah reman itu dikeluarkan Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab. Rahman.

Zaid tiba di kompleks mahkamah kira-kira pukul 9.20 pagi.

Semalam, dia ditahan di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas disoal siasat hampir 12 jam.

FIC merupakan anak syarikat Felda.

Minggu lalu, dua bekas pegawai utama syarikat tersebut ditahan bagi membantu siasatan berhubung siasatan pembelian hotel di Kensington, London yang dikatakan dibeli pada harga lebih tinggi berbanding harga pasaran antara 2013 dan 2015. – 1 Ogos 2017.