Mudah Dikecek, Ladang Rakyat Rugi RM1 Juta

Pada tahun 2008 Perbadanan Ladang Rakyat Kelantan telah membuat pelaburan dalam Rakyat BTR Capital Partners Berhad (RBTR) sebanyak RM 1 Juta.

Wang yang dilaburkan yang kemudiannya lebur adalah dari AKAUN AMANAH Peserta Ladang Rakyat!

Dari jumlah itu, RM 500,000.00 dilaburkan dalam Real Estate Developtment Investment dan RM500, 000.00 lagi ke dalam Euro Deposit Investment di bawah skim Rakyat BTR.

Rakyat BTR Capital Partners sekali imbas seakan institusi pelaburan di bawah Bank Rakyat. Sebenarnya tidak.

Pada 2009 Suruhanjaya Sekuriti telah membekukan aktiviti Rakyat BTR. Termasuk wang pelabur, tidak terkecuali RM1 juta dari Akaun Amanah Peserta.

Rakyat BTR seakan skim cepat kaya.

Bagaimana Pengerusi dan ‘penasihat rapat’ beliau begitu mudah terpedaya?

Tidak hairan bila ‘team Kerajaan Kelantan’ yang sama kini begitu berbangga dengan skim karbon kredit sekalipun kewibawaan pelabur tidak dapat dibuktikan.

Modal kecek sudah cukup untuk meyakinkan. Sama ada RM1 juta wang Amanah Ladang Rakyat atau sejuta hutan simpan, kaedah pertimbangannya sama.

Hasilnya? Wang sejuta hilang. Berbilion ringgit hasil dari Bangsa-Bangsa Bersatu pun nampaknya sudah membisu.

Komen Ketua Audit Negara yang disertakan, dengan sendirinya menjelaskan persoalan ini.

Jika dikira tindakan itu pecah amanah, apakah tindakan yg telah diambil ke atas pihak yg terlibat?

Mungkin Pengerusi Ladang Rakyat dulu iaitu Dato Ahmad Yaakub atau pengerusi sekarang, Dato Mohd. Amar boleh memberikan penjelasan.

Terdahulu Husam mendedahkan lima anak syarikat Ladang Rakyat rugi, empat tutup kedai.

Semua LIMA anak syarikat Perbadanan Pembangunan Ladang Rakyat Negeri Kelantan (LR) mengalami kerugian. Hasilnya, EMPAT telah ditutup.

Anak syarikat itu adalah seperti berikut:
A. Masih Beroperasi:
i. Ladang Rakyat Project Management Sdn Bhd
a. Kerugian untuk tahun 2016 : RM 8.412 juta
b. Jumlah kerugian sejak ditubuhkan : RM 8.5 juta

B. Telah Ditutup:
i. Ladang Rakyat Aquafarm Sdn Bhd
a. Tarikh Tutup : 2017
b. Kerugian Terkumpul Sehingga 2017 : RM 166,339

ii. Ladang Rakyat Tropical Sdn Bhd
a. Tarikh Tutup : 2016
b. Kerugian Terkumpul Sehingga 2016 : RM 98,500

iii. Ladang Rakyat Agro Products Sdn Bhd
a. Tarikh Tutup : 2016
b. Kerugian Terkumpul Sehingga 2016 : RM 101,515

iv. Ladang Rakyat Herbs Sdn Bhd
a. Tarikh Tutup : 2016
b. Kerugian Terkumpul Sehingga 2016: RM 101,500

Kerugian terkumpul bagi kelima-lima anak syarikat Ladang Rakyat adalah RM 8,970,249 atau mencecah RM 9 Juta.

Angka-angka ini adalah dari jawapan soalan bertulis saya dalam persidangan DUN yang lepas.

Sebab kerugian tidak dinyatakan.

Kerugian sebenar bagi kempat-empat anak syarikat yang telah ditutup adalah lebih besar, kecuali pada tahun 2015 keempat-empat syarikat ini tiba-tiba mencatitkan keuntungan. Ini mungkin pendapatan dari penjualan aset modal yang dibuat pada tahun 2015, sebelum ditutup pada tahun 2016.

*Tulisan ini ditulis oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Salor Datuk Husam Musa yang dipetik terus dari laman Facebooknya Dato Husam Musa tanpa mengubah struktur ayat, penggunaan bahasa dan lain-lain.