Petrol, Diesel Naik

Harga petrol untuk mingggu pertama Ogos naik empat sen manakala diesel enam sen.

Harga baharu RON95 akan naik kepada RM2.07 seliter daripada RM2.03 seliter sebelum ini manakala RON97 RM2.32 seliter daripada RM2.28 seliter.

Diesel naik enam sen kepada RM2.05 seliter daripada RM1.96 seliter sebelum ini.

Harga baharu ini berkuatkuasa pada Khamis (3 Ogos) sehingga Rabu depan.

Mekanisme pengumuman harga bahan api secara mingguan berkuat kuasa sejak April lalu. – 2 Ogos 2017.