Polis Tahan Pelacur Di Jalan Kebun Sultan

Polis menahan tiga wanita dipercayai terlibat dengan kegiatan pelacuran di sebuah rumah tumpangan di Jalan Kebun Sultan dalam satu serbuan tengah malam tadi.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Hasanuddin Hassan berkata, wanita terbabit adalah warga Thailand dan Vietnam masing-masing berusia antara 30 hingga 40 tahun.

“Ketika serbuan dilakukan, tiga wanita terbabit dipercayai sedang menunggu pelanggan dengan berpakaian yang menjolok mata.

“Pemeriksaan lanjut di dalam bilik rumah tersebut menjumpai bungkusan kondom, tisu dan wang tunai berjumlah RM1,600 dipercayai hasil kegiatan haram itu,” katanya.

Beliau memberitahu, serbuan dilakukan selepas beberapa intipan dijalankan pihaknya sebelum ini.

“Suspek dipercayai mula menjalankan kegiatan itu beberapa bulan lalu dan berjaya ditahan selepas tiga kali diserbu.

“Mereka dibawa ke mahkamah untuk mendapatkan perintah reman hari ini,” katanya. – 5 Ogos 2017.