BN Bukan Kerajaan Retorik

Barisan Nasional (BN) bukan kerajaan retorik atau populis yang suka berjanji bagi meraih sokongan pengundi.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, BN adalah kerajaan yang adil dan bermatlamat membawa negara ke arah masa depan yang lebih cemerlang lebih cemerlang.

“Dan saya selaku ketua kerajaan itu tidak akan lari daripada tanggungjawab, selagi rakyat mahu saya terus memimpin negara ini,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan Forum Ekonomi Dewan Perniagaan dan Perindustrian Kebangsaan Malaysia 2017 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, hari ini.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, kerajaan akan meneruskan program pembaharuan yang dipuji pakar dari seluruh dunia.

“Kita akan berkhidmat kepada rakyat dan memastikan Malaysia meneruskan perjalanan ke arah negara berpendapatan tinggi,” katanya. – 8 Ogos 2017.