PM Bersama Oghe Mache

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengadakan lawatan kerja sehari ke Kelantan.

Sempena lawatan tersebut beliau menghadiri Program PM Bersama Rakyat yang diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Machang.

Ketibaan Perdana Menteri disambut Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed; Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar serta Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub.

Beliau juga dijadual melancarkan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Parlimen Machang dan menghadiri jamuan ‘PM Bersama Orghe Mache’ di lokasi sama.

Najib turut dijadual akan menghadiri Majlis Perasmian Bangunan Tambahan Hospital Jeli pada tengah hari ini. – 12 Ogos 2017.