PAN Tanding 30 Kerusi Di Kelantan

PAN Kelantan menyatakan mereka akan bertanding di 30 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) nanti.

Pengerusinya, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah berkata, kesemua kerusi yang bakal ditandingi itu merupakan kawasan yang dimenangi PAS pada pilihan raya lalu.

Beliau berkata, Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) akan bertanding di kawasan yang dimenangi UMNO.

“PKR pula akan bertanding berdasarkan kepada status qou yang telah diperuntukan mereka iaitu tiga parlimen dan dua DUN.

“Bagaimanapun, kita belum memuktamadkan lagi pembahagian semua kerusi ini,” katanya ditemui selepas Konvensyen Amanah (PAN) Kelantan Kali ke-2 di Wisma Tok Guru, Salor. – 13 AOgos 2017.