Wartawan RTM Meninggal Dunia

Wartawan sambilan RTM Kelantan, Ahmad Norzaki Mohd. Noor meninggal dunia akibat serangan jantung awal pagi tadi.

Allahyarham difahamkan terjatuh di bilik air sebelum menghembuskan nafas terakhir di sisi keluarga di rumahnya di Kampung Chepa, Kota Bharu, kira-kira pukul 4.20 pagi.

Allahyarham berusia 48 tahun meninggalkan isteri serta lima anak berumur antara 10 hingga 25 tahun.

Isterinya juga juru kamera sambilan RTM, Kamisah Azid berkata, Allahyarham mengadu sesak nafas kira-kira jam 10 malam tadi.

“Keadaan kesihatan Allahyarham merosot sejak tiga minggu lalu dan di masukkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian.

“Petang semalam, Allahyarham ada meminta maaf dengan saya dan bertanya kawan-kawannya. Ada yang dia sempat jumpa pada tugasan (sidang media) terakhir semalam,” katanya.

Jenazah Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Chepa pada jam 11 pagi tadi. – 15 Ogos 2017.