Petrol Naik, Diesel Turun

Harga petrol bagi minggu ketiga bulan Ogos naik sebanyak empat dan tiga sen manakala diesel pula turun dua sen.

Harga baharu RON95 naik kepada RM2.15 seliter daripada RM2.12 manakala RON97 RM2.43 daripada 2.39 seliter minggu lalu.

Diesel pula berlaku penurunan sebanyak dua sen menjadikan RM2.04 berbanding RM2.06 seliter sebelum ini.

Harga baharu ini berkuatkuasa pada Khamis (17 Ogos) sehingga Rabu depan.

Mekanisme pengumuman harga bahan api secara mingguan berkuat kuasa sejak April lalu. – 16 Ogos 2017.