SPAN Lulus RM290 Juta Migrasi Air Kelantan

Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) meluluskan peruntukan berjumlah RM290 juta untuk Penstrukturan Semula Bekalan Air Negeri (Migrasi Air) di Kelantan.

Ketua Pegawai Eksekutif Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB), Mahadzir Mustafa berkata, daripada peruntukan tersebut, pihaknya telah menguruskan dua projek iaitu di Loji Rawatan Air Chica dan Tanjung Mas.

Katanya, dua projek berkenaan menggunakan sistem Telaga Jejari bagi membantu penambahan kapastii air iaitu 30 dan 40 juta liter sehari untuk bekalan air bersih di jajahan Kota Bharu.

Beliau berkata, projek tersebut dijangka siap pada 2019 dan 2020 dengan peruntukkan berjumlah RM120 juta bagi kedua-dua projek.

“Manakala selebihnya, kita akan bawa ke hadapan untuk melaksanakan projek-projek lain untuk tahun 2018 hingga 2020,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Program Lawatan Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) & Operator Air Malaysia ke Telaga Jejari Sungai Bagan 4 Machang. – 15 Ogos 2017.