Bade, Erma Fatima Cerai Talak Satu

Pasangan Bade Azmi dan Erma Fatima disahkan bercerai dengan talak satu hari ini.

Bade atau nama sebenarnya Badaruddin Azmi, 53, melafazkan cerai talak satu terhadap Erma Fatima atau nama sebennarnya Fatimah Rahmad dihadapan Hakim Syarie Shaiful Azli Jamaludin di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, hari ini.

Bade selaku plaintif memfailkan permohonan bercerai pada 10 Ogos mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Selangor 2003.

Erma diwakili peguam Datuk Jamal Mohd. Lokman Sulaiman sementara Bade tidak diwakili peguam.

Sementara itu, Erma yang ditemui di luar mahkamah reda dengan perceraian itu dan  menganggapnya sebagai ketentuan Allah.

“Apa yang boleh saya katakan, soal mati dan jodoh itu, ketentuan Tuhan dan jika ini ketentuannya, saya sangat reda,” ujarnya.

Bade dan Erma bernikah pada 30 November 1991. – 17 Ogos 2017.