Tidak Ada Sebab Rakyat Tolak Kerajaan

Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah percaya rakyat tidak akan menolak UMNO dan Barisan NasionaL (BN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Katanya, tidak ada sebab rakyat hendak tolak kerajaan sedia ada kerana mereka telah sediakan dengan pelbagai kemudahan.

“Kerajaan tidak akan melakukan sesuatu yang boleh merugikan rakyat, sebaliknya lebih mengutamakan kebajikan rakyat termasuklah penduduk pedalaman,” katanya.

Tambah Tengku Razaleigh, paling penting saat ini adalah kerjasama rakyat dan kerajaan mencari jalan penyelesaian setiap masalah yang dibangkitkan.

“Saya meletakkan keyakinan BN akan terus kekal memerintah dan mendapat sokongan rakyat pada PRU-14 nanti.

“Semangat kerjasama dan strategi yang ditonjolkan seluruh jentera parti untuk memastikan kemenangan tetap milik BN,” katanya. – 19 Ogos 2017.