Isa Samad Bebas Reman

Bekas Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd. Isa Samad dibebaskan hari ini selepas ditahan reman susulan siasatan rasuah melibatkan urusniaga pembelian hotel.

Mohd. Isa, 68, dibebas dengan jaminan RM150,000 serta dua penjamin.

Beliau tiba di Kompleks Mahkamah Putrajaya pada pukul 9.45 pagi dan disambut ahli keluarga, rakan dan penyokongnya yang berkumpul di pekarangan kompleks berkenaan.

Hadir sama isterinya, Puan Sri Bibi Sharliza Mohd. Khalid.

Mohd. Isa direman selama lima hari bagi membantu siasatan kes pembelian dua hotel oleh anak syarikat Felda, Felda Investment Corporation (FIC) di London dan Kuching. – 20 Ogos 2017.