Aidiladha 1 September

Umat Islam di negara ini akan menyambut Hari Raya Aidiladha pada 1 September.

Pengumuman mengenainya dibuat Penolong Setiausaha Majlis Raja-Raja Mohd. Aseral Jusman menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM) malam ini.

“Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenankan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, maka dengan ini saya mengisytiharkan bahawa 1 Zulhijjah 1438 Hijrah ialah pada Rabu, 23 Ogos 2017.

“Oleh yang demikian, Hari Raya Korban (10 Zulhijjah) bagi negeri-negeri di seluruh Malaysia ditetapkan pada hari Jumaat, 1 Sept 2017,” katanya. – 22 Ogos 2017.