Khalid Sahkan Bersara September Ini

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar akan bersara bulan depan selepas 40 tahun berkhidmat dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Mengesahkan perkara itu hari ini, beliau berkata, tidak akan menyambung kontrak perkhidmatannya selepas genap berusia 60 tahun pada 5 September ini.

“Tempoh perkhidmatan saya akan tamat pada usia 60 tahun, 5 September ini.

“Ini keputusan saya sendiri. Sudah sampai masanya saya berehat,” katanya.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid dijangka akan mengambil alih tugas Khalid.

Khalid dilantik sebagai Ketua Polis Negara pada Mei 2013 menggantikan Tan Sri Ismail Omar. – 23 Ogos 2017.