PAS Selangor Tanding Di Semua Kerusi PKR

PAS Selangor akan meletakkan calonnya di semua kerusi yang disandang oleh PKR pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) nanti.

Pesuruhjaya PAS Selangor, Sallehen Mukhyi berkata, parti itu sedia bertanding 42 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor.

Ia termasuk kerusi yang disandang oleh Presiden PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail (DUN Kajang) dan Timbalannya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali (DUN Bukit Antarabangsa)

Malah tegasnya, parti itu sanggup berdepan saingan tiga penjuru atau lebih.

“PAS Selangor bersedia menghadapi pertandingan tiga penjuru atau lebih pada PRU-14 nanti dan bersedia meletakkan calon di semua kerusi yang ditandingi oleh Barisan Nasional (BN) atau Pakatan Harapan,” katanya.

April lalu, Majlis Syura Ulamak PAS membatalkan tahaluf siyasi dengan PKR. – 25 Ogos 2017.