Pesta Kendurian Dapat Sambutan Luar Biasa

Pesta kendurian atau Pesta makan durian bersama Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa disambut meriah dengan kehadiran kira-kira 3,000 pengunjung.

Program yang diadakan di Dataran Melor bermula pukul 3 hingga 6 petang itu sempena Karnival Keusahawanan Kelantan @ Ketereh 2017 yang berlangsung sejak 26 Ogos lalu.

Annuar berkata, pihaknya telah menyediakan kira-kira 500 kilogram buah durian untuk pesta kendurian itu.

Katanya, sambutan pengunjung amat luar biasa dan diluar jangkaan.

“Sebelum ini, kita jangka dapat membeli durian yang lebih banyak daripada orang kampung tetapi bekalan buah berkenaan tidak begitu banyak.

“Semua yang hadir berpeluang menikmati durian bersama pulut yang disediakan secara percuma,” katanya.

Dalam pada itu seorang pengunjung, Yusof Mohammad, 47, berkata, dia mendapat tahu tentang penganjuran Kendurian ini melalui akhbar dan radio.

“Kendurian ini pastinya ditunggu-tunggu kerana orang ramai berpeluang menikmati durian secara percuma. Lebih-lebih lagi, harga durian sekarang ini mahal, tidak mampu untuk dibeli.

Tambahnya, dia begitu berpuas hati kerana berpeluang merasai durian yang berkualiti. – 29 Ogos 2017.