Kit Siang Tidak Perlu Samakan UMNO Dengan DAP

Lim Kit Siang diingatkan supaya tidak terbawa-bawa dengan sikap diktatornya sehingga membuat surat terbuka bagi menggesa Menteri-Menteri Kabinet membuat satu keputusan menghalang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melakukan lawatan ke Amerika Syarikat.

Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa berkata, Lim Kit Siang tidak perlu menyamakan UMNO dengan parti pimpinannya DAP serta Pakatan Harapan yang sentiasa mengikut segala arahannya.

Belia berkata, surat terbuka itu adalah cara untuk dia mengalihkan pandangan orang ramai serta melindungi paniknya terhadap isu berhubung skandal tukaran wang asing (forex) yang berlaku di zaman pemerintahan Tun Dr. Mahathir Mohamad.

“Apa yang cuba dilakukan oleh Kit Siang ini  adalah kerana dia telah terjebak dengan situasi sebelum ini di mana dia yang menuntut Pengerusi Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) kerana waktu itu dia ingin menjatuhkan Tun M.

“Walaubagaimanapun, apabila RCI setuju dilaksanakan dan penemuan mengesahkan dakwaannya, ia tidak membawa keuntungan kepadanya kerana waktu ini Kit Siang ingin peralatkan Tun M. Dia mendapati siasatan forex akan memakan dirinya sendiri,” katanya pada Majlis Perasmian Karnival Keusahawanan Kelantan@ Ketereh.

Dalam pada itu, Annuar berkata, DAP juga telah cuba memanipulasi cerita kononnya kerajaan Amerika Syarikat telah membuat dakwaan melalui Syarikat Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ).

“Itu adalah skrip yang cuba dibina oleh pembangkang, walhal DoJ adalah berdasarkan aduan awam. Tiada satu mahkamah pun di Amerika Syarikat membuat pembentangan dan proses undang-undang belum lagi berjalan.

“Mereka cerita seolah-olah Amerika Syarikat telah melabelkan kerajaan Malaysia sedemikian, sedangkan dalam siasatan DoJ tidak menyebut langsung Najib adalah orang yang disiasat,” katanya.

Tambah beliau, walaubagaimanapun, ia telah berlaku sebaliknya apabila Amerika Syarikat telah mengundang Perdana Menteri untuk lawatan rasmi. – 30 Ogos 2017.