Sultan Muhammad V Solat Aidiladha Di Masjid Al Sultan Ismail Petra

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V hari ini menunaikan solat sunat Aidiladha bersama 5,500 jemaah di Masjid Al Sultan Ismail Petra, Kubang Kerian di Kota Bharu.

Keberangkatan baginda diiringi Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Rizam Tengku Aziz.

Solat Aidiladha diimamkan oleh Imam Muda masjid berkenaan manakala khutbah disampaikan Imam Tua Sabri Abdullah.

Selepas sembahyang baginda meluangkan masa bersalaman dengan para jemaah. – 1 September 2017.