Mohamad Fuzi KPN Baharu

Datuk Seri Mohamad Fuzi Harun dilantik sebagai Ketua Polis Negara (KPN) yang baharu menggantikan Tan Sri Khalid Abu Bakar yang bersara wajib.

Majlis serah terima tugas berlangsung hari ini dengan disaksikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Mohamad Fuzi sebelum ini adalah pengarah Cawangan Khas Bukit Aman.

Beliau juga pernah bertugas sebagai pemangku timbalan KPN selepas Tan Sri Mohd. Bakri Zinin bersara pada 5 September 2014.

Bagaimanapun kemudiannya, beliau dilantik sebagai pengarah pengurusan Polis Diraja Malaysia (PDRM) apabila Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim dipilih untuk menjawat jawatan timbalan KPN pada Disember tahun lepas.

Noor Rashid kekal sebagai timbalan KPN.

Sementara itu Khalid berkata, persaraannya pada hari ini atas kehendaknya sendiri. – 4 September 2017.