Tiga Pelajar IPTA Mati Lemas

Tiga pelajar sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) ditemukan mati lemas ketika sedang bermandi-manda bersama sekumpulan rakan mereka di air terjun Hutan Rekreasi Latar jangut, Jeli pagi ini.

Kesemua mangsa ialah Muhd. Farid Rozi, 18; Putra Izzad Iskandar Zulkifli, 18, dan Muhammad Ikram Fais Mohd Faisal,18,.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jeli, Mohamad Sharil Mohamad Sa’aid, semasa dihubungi memberitahu, mangsa ditemukan di kawasan lubuk air terjun berkenaan kira-kira pukul 11.22 pagi ini.

Katanya, dua daripada mangsa tersebut ditemukan oleh orang awam.

“Difahamkan mangsa datang bersama sekumpulan rakan untuk berkelah di air terjun tersebut. Mayat mangsa dibawa ke Hospital Jeli untuk bedah siasat,” katanya. – 8 September 2017.