Pakatan Harapan Bergolak

Baru-baru ini, Pengerusi Pakatan Harapan Tun Dr. Mahathir Mohamad secara terbuka mempersoal warkah Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berpendirian bahawa PKR perlu menjalinkan hubungan dengan PAS.

Sejurus selepas itu, Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali segera bertindak memulangkan paku buah keras kepada bekas Perdana Menteri itu apabila mengingatkannya bahawa Anwar adalah Ketua Umum Pakatan Harapan yang pandangan juga perlu didengari.

Itu adalah dua situasi jelas yang menggambarkan pemimpin pakatan tersebut tidak menghormati sesama sendiri dan jelas memperlihatkan keretakan dalam kalangan mereka.

Situasi sama turut berlaku dalam kalangan pemimpin Pakatan Harapan di Kelantan apabila masing-masing menyerang sesama sendiri secara terbuka khususnya di laman sosial facebook.

Pada masa ini, PAS atau Barisan Nasional (BN) bolehlah melihat drama pemimpin Pakatan Harapan ini. Melihat mereka bercakaran sesama sendiri.

Cuba bayangkan mereka ini jika diberi mandat memerintah negara. Mungkin ada yang bergaduh berebut hendak jawatan itu, jawatan ini.

Mahukah kita menerima pemerintah sebegini.?

Bagi PKR mereka pastinya tidak akan berhenti mengharapkan PAS. Mereka sedar jentera PAS selama ini banyak membantu mereka sehingga menang banyak kerusi di dalam pilihan raya.

Bagi PAN, hasrat PKR cuba berbaik dengan PAS seolah-olah seperti tidak menghormati mereka dan menidakkan kewujudan parti serpihan PAS itu.

PKR sedar, PAN tidak banyak membantu mereka. Kewujudan PAN hanya atas dasar ketidakpuashati sesetengah pemimpin terhadap PAS sebelum ini.

PAS kini sudah sedar, mereka sebenarnya mampu bergerak sendiri dan mempunyai penyokong setia yang ramai.

Teruskan pendirian itu, jangan biarkan lagi mereka diperkudakan parti-parti lain dalam pembangkang khususnya PKR.

Apabila sudah dapat apa yang dihajati, mereka disepak terajang begitu sahaja. Cukup lah, jangan biarkan terjatuh lubang buat kali kedua.

Bagi BN abaikan drama-drama murahan Pakatan Harapan ini. Teruskan membela rakyat, bangunkan negara.