29,397 Duduki UPSR Di Kelantan

Seramai 29,397 calon di Kelantan akan menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang bermula hari ini.

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri, Jaafar Ismail berkata, peperiksaan tersebut melibatkan 446 pusat peperiksaan seluruh negeri.

“Semoga diberi keyakinan, ketenangan, dilimpahi rahmat dan keberkatan dari Allah.

“Terima kasih kepada semua guru yang tabah dan sabar berterusan mendidik. Mendoakan yang terbaik,” katanya dalam satu kenyataan. – 11 September 2017.