MB Kelantan Ucap Takziah

Kerajaan PAS Kelantan merafak sembah mengucapkan takziah kepada kerabat diraja Kedah berikutan kemangkatan Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah di Istana Anak Bukit petang tadi.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob berkata, kemangkatan baginda amat dirasai oleh rakyat seluruh negara.

“Patik menyatakan rasa dukacita dan sedih serta merakamkan ucapan takziah kepada seluruh kerabat diraja Kedah di atas kemangkatan Tuanku Abdul Halim.

“Sesungguhnya baginda telah memayungi rakyat jelata dengan seadilnya dan menjaga keizzahan agama Islam dimercunya.

“Patik berdoa semoga Allah mencucuri rahmat dan maghfirah ke atas roh baginda dan menempatkan baginda di syurga-Nya bersama para golongan yang diredhai,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. – 11 September 21017.